Friday, June 25, 2010

Solatlah kamu...



Jumaat hari yang penuh kemuliaan datang lagi... Alhamdulillah kitya masih disini..masih dapat menikmati hari ini dgn pebuh nikmat.. nikmat, bila kita sbut nikmat, terlalu banyak yang perlu kita bersyukur.. nikmat pancaindera,pendengaran dan segala deria yang ada... seharusnya kita bersyukur...pernahkah kita terfikir jika Allah menarik balik nikmat pemberianNya ini bagaimanakah perjalanan hidup kita? fikir2kanlah...

***
today khutbah membicarakan ttg solat... seharusnya kita ingat bahawa solat itu wajib bagi seluruh umat Islam dan kita haruslah mengerjakannya dgn khusyuk dan tawadduk..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Solat
adalah tiang agama . Sesiapa yang mendirikan solat dia mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat,dia meruntuhkan agama

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
'Inti penyelesaian semua urusan adalah Islam dan tiangnya adalah solat'
(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Nilai "agama'" bagi seorang hamba diukur dengan kepatuhannya menjadikan ibadat solat sebagai ibadatnya yang paling utama..
Namun apa yang ana lihat skrang ini bukan main cepatnya seseorang itu mendirikan solatnya..xsampai 5 minit dah bagi salam..expressnya...nk kemana tu??
kalau perkara duniawi cukup lama boleh pula bersabar..wahai sahabat peliharalah solatmu
dan
TERTIBLAH KAMU tika kamu MENGERJAKANNYA...
pakaikanlah pakaian yang bersih suci dan jgnlah memakai PAKAIAN Y SINGKAT..
org
lelaki pun ada pakai bju adek...bila die sujud atau rukuk nampaklah seluar bhg dalam tu..xkira la boxer ke ape ke...tpi jelas menampakkan auratnya..
harus diingtkan aurat lelaki dari
PARAS PUSAT HINGGA KE LUTUT..
jika semasa kamu rukuk dan sujud kamu menampakkan auratmu maka
BATALLAH ia..
ini solat, bukan boleh buat main2..prihatinlah wahai sahabat..
dan bagi rakan2 yang melihat seumpama itu hentikanlah solatnya dgn mengatakan "Subhanallah" dan tegurlah rakan anda dgn penuh berhemah...
Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
"Islam itu disempurnakan dengan lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah,mendirikan solat,menunaikan zakat,puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji" (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim,Tirmidzi,Nasa'ie dan Ahmad)

Solat adalah rukun Islam kedua selepas ucapan dua kalimah syahadah ,solat adalah kewajipan pertama yang perlu dilunaskan oleh setiap umat Islam...
Solat adalah ibadat yang pertama diwajibkan oleh Allah SWT ke atas setiap muslim mukallaf. Rasulullah SAW menerima perintah supaya mendirikan solat daripada Allah SWT ketika baginda menemui Allah SWT pada malam peristiwa Isra' Mikraj,di mana pertemuan secara langsung tanpa perantaraan malaikat Jibril...dan ingatlah wahai sahabat2ku, Solat adalah ibadat pertama yang akan dihisab di akhirat kelak

Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud :
" Sesungguhnya amalan manusia pertama yang akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya maka beruntunglah dia dan sekiranya buruk ibadat solat maka rugilah ia"
(Hadis Riwayat Tirmidzi,An-Nasa'ie,Ibnu Majah ,Ahmad dan Darimi)

Solat adalah perkara terakhir yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya..
Sewaktu Rasulullah SAW jatuh sakit menjelang kewafatannya baginda berpesan kepada para sahabat.
Sabda baginda ;
" Ingatlah (solat)....ingatlah solat...
Solat adalah kunci pintu syurga : sesiapa yang ingin masuk syurga sudah tentu ada kuncinya,berdasarkan
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Jabir Ibnu Abdullah R.A meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda :
Kunci syurga adalah solat dan kunci bagi solat adalah wuduk"

Solat adalah penghubung antara hamba dengan TuhanNya (Allah SWT):

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
" Diriwayatkan dari Anas ibnu Malik R.A bahawa Rasulullah bersada
"Sesungguhnya apabila seorang antara kamu mendirikan solat bererti dia sedang berkomunikasi dengan Allah SWT"
(Hadis Riwayat Bukhari)


Solat adalah cahaya penerang bagi orang-orang mukmin
"Diriwayatkan dari Anas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :
dan solat itu adalah cahaya penerang seorang mukmin"

Solat adalah benteng yang memisahkan seseorang dengan kekufuran
Diriwayatkan dari Jabir R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Antara seorang hamba dengan kekufuran itu ada batas pemisah iaitu perbuatan meninggalkan solat"
(Hadis riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kepada mereka yang meninggalkan solat,mereka akan mendapat azab yang amat pedih daripada Allah SWT di akhirat kelak iaitu akan dimasukkan ke dalam neraka...

Allah SWT berfirman dalam surah Al Kauthar yang bermaksud:

[1]
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan d
i akhirat).
[2]
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3]
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang d
iingininya).

Maka jelaslah disini wahai sahabat..solat itu amat penting bagi keselamatan hidup kita di dunia dan akhirat...peliharalah solatmu dan tertiblah...dan bersabarlah kamu semasa menunaikannya...

Tips utk khusyuk..
.
semasa berwuduk..tanamkan rasa rendah dri dan perasaan sesal keatas dosa2 y telah kamu lakukan...

semasa mengadap kiblat anggaplah neraka disebelah kirimu dan syurga dikananmu
izrail dibelakangmu...
dan anggaplah seolah-olah Allah swt dihadapanmu...
dan anggaplah itu adalah solatmu y
ang terakhir..
InsyaAllah moga anda dpt menunaikannya dgn penuh khusyuk
dan tawadduk..


Assalamualaikum wbt...
=)

No comments:

Post a Comment

org sayang kat aku