Friday, September 14, 2012
Ku Mohon Kemaafan
Buat mereka yang sudi singgah disini, Adam mohon kemaafan kerana sudah lama tak update apa-apa...
Dalam tempoh beberapa bulan yang lepas sesuatu terjadi kat Adam yang mana berikut kejadian itu menyebabkan Adam koma lebih kurang 2 minggu...Dan Adam masih trauma dalam hal yang berlaku itu...Alhamdulillah ia tak melibatkan kemalangan atau apa-apa masalah kesihatan...yang menjadi masalahnya tiada yang dapat memberi jawapan yang jelas atas apa yang berlaku kat diri Adam secara amnya..
Kesudahannya Adam jadi terumbang-ambing dalam kehidupan sehingga terpaksa untuk Adam tangguh pengajian Adam demi memuihkan diri..antara sebabnya Adam hilang ingatan dalam hal-hal kehidupan...
Apa yang Adam harap sudinya ada pendengar bagi mereka yang sudi meluangkan masa untuk mendengar apa bakal Adam katakan..baik di sini atau di luar sana..
Jujur Adam katakan..Adam amatlah buntu dan amat dukacita dengan diri Adam sendiri...kerana Adam belum mampu melaksanakan beberapa perkara yang Adam perlu lakukan sebelum bermulanya pengajian Adam..
Banyak benda yang Adam nak kongsi kat semua..Adam harap masih ada masa untuk Adam berikan perkongsian itu..
Doakan Adam cepat pulih...
Disini Adam sertakan email baru Adam untuk sesiapa yang ingin mengenali Adam dan menghubungi Adam dengan lebih lanjut..bolehlah email di ikhwan_adam96@yahoo.com
email ni Adam khaskan untuk peribadi dan usrah...
Semoga Allah permudahkan...
Sunday, January 15, 2012
Mohon Kemaafan
ana mungkin akan tdk mengupdatekan post2 buat seketika atas keuzuran diri..
berehat seketika..
ana memohon maaf kepada semua..
semoga Allah menguatkan iman kita semua..
fii amanillah..
Monday, January 09, 2012
Muhasabah diri..
Sesungguhnya aku tidak mengetahui sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT..tidaklah aku ini berbeza dengan kamu semua melainkan apa yang diizinkan Allah SWT..sesungguhnya kelalaian itu sentiasa berkejaran menandingi kekhusyukan dalam mencari keimanan..dan aku melihat sesuatu amanah itu seperti aku diletakkan ditebing neraka..seandainya kamu diberikan hak menzalimi, mahukah kamu melakukannya setelah datangnya kebenaran?
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, tidaklah ada yang mampu dari kalangan kamu mampu membela aku dan tidaklah pula aku mampu membela kamu ketika waktu itu kesemua kita kesibukan memikirkan nasib sendiri; setelah diketahui tentang ini maka nikmat manakah yang masih kamu mahu dustakan?
Dan jika didatangkan kepadamu selembah kehinaan atas nama hakikat ujian, kepada siapakah kamu memohon perlindungan; kiranya kamu orang yang berfikir?
Pabila didatangkan kepadamu kebahagiaan kepada siapakah kamu memohon kesyukuran; kiranya kamu mengetahui?
Dan jika didatangkan kepadamu musibah dari langit dan bumi; kepada siapakah kamu memohon kesabaran?
Sesungguhnya antara nikmat manakah yang kita telah dustakan?
Maka setelah diketahui jawapannya; mengapa kamu masih berpaling?
Hatta dunia ini tidak memberikan kamu kebebasan kiranya kamu kelak dirantai ke arah api yang menjulang-julang; maka atas alasan apa kamu tidak mahu tunduk?
Sesungguhnya aku cukup khuatir jika merasakan cukup selamat sedangkan detik sentiasa bergerak; mati itu pasti akan berlaku; maka mengapa kamu masih leka?
Sesungguhnya masa tidak pernah melalaikan kita melainkan kita sendiri melalaikannya..apakah kamu merasakan orang yang cinta dan taat sama dengan orang yang hanya mengikuti tanpa mengetahui atau orang yang cinta tanpa mengikuti? Sesungguhnya ia tidak sama; maka rugilah kita jika kita tidak menyedarinya..
Dan ketahuilah kita semua bagaikan sedang tidur diatas hamparan tikar yang usang; menunggu masa kenderaan menjemput kita pulang ke arah dua haluan..
Dan aku cukup takut hujjahku nanti tidak mampu membelaku; kiranya aku tidak mengetahui..dan seandainya itu berlaku pastilah aku antara orang yang rugi..
Tuesday, December 20, 2011
.
the knowledge that are not fractured..
the people who shares thoughts..
about ISLAM..
it's not enough..
i need more..
for i am not in peace..
knowledge..i miss u..
i when i am far from u..
i feel miserable....
oh knowledge..
only u can make me a strong ikhwan..
without u..
i am nothing
please don't go away..
cause i need u
to know Allah swt..
to know Rasulullah saw
to know sunnah..
to know ISLAM..
to save myself..
and my beloved brothers and sisters of Islam...
READ..
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
Thursday, December 01, 2011
anoTher Time Skip?
bukan lagi mencela diri
ttp mencari hakikat pasti
yang aku masih aku
mengawal kejadian asal fitrahku..
keadaan diri ini aku sudah tidak lagi aku yakin mampu untuk membawa diri
tawakkal dan percubaan demi percubaan shj kini jalan terakhir yang mampu mata hati ini melihat..
sekian kala ini main mengheret keresahan ini ke arah sesuatu yang bisa menjatuhkan aku ke dalam lautan hitam..
jika aku lupa aku pasti yang aku akan kehairanan..
itu perasaan yang sudah lazim bagiku yang sudah dilumrahkan begini..
akan tetapi kini aku lupa tentang kelupaan itu sendiri?
apakah ia?
ia makin menelan diriku..
simptom ini..ku yakin bukan kesan ubat
ttpi jika benar aku sedang berhalusinasi..
bagaimana mungkin aku boleh lupa ttgnya..
aku masih percaya yang keluargaku tidak membohongi ttg keadaanku..
mana lagi harus diri dhaif ini yakin..
mindaku atau hati kecilku?
jika benar nikmat utk aku berfikir semakin menghakis..
IQ ini semakin terancam..
peluang utk aku mengingati lampau kian tipis..
aku hanya mampu berdoa..
harpan terakhir tidak aku lupa...
dan aku harap...
inilah titik noktahnya..
amnesia...ketidakupayaan utk mengingati..keasan dari trauma lampau..
kerna kiranya anda merasai apa yang orang spt sy rasa..anda mungkin tidak sesekali akan mengsiakannya..
assalamualaikum wbt.
R is for RAGE: To speak, feel or act with anger.
A is for AMBIGUOUS: Susceptible to multiple interpretations.
I is for INEFFECTUAL: Powerless to change.
N is for NEBULOUS: Lacking definite form or limits.
I is for IMMANENT: Dwelling at the innermost heart of the human soul.
N is for NEW: Different and distinct from what was before.
J is for JOKER: An element in a situation that acts in an unexpected way.
U is for UNDENIABLE: Not able to be denied.
R is for RETRIEVAL: To get back or regain.
Y is for YET: In the time remaining, nevertheless; and DESPITE THIS!
Tuesday, November 29, 2011
Noktah kehidupan
Ketika hidup kita merupakan alam yang mana tidak kita terikat dengan 5 perkara;makhruh,haram harus,halal dan sunat.kita mungkin melihat kehidupan kita dalam dimensi yang berbeza..
Mungkinkah kerana akal belum diilhamkan untuk matang atau boleh jadi pengalaman yang belum lagi mendewasakan kita..hatta ada kisah yang termaktub dalam diri setiap anak Adam tidak pula serupa..maka tiadalah menghairankan apa yang menjadikan diri kita sekarang berbeza antara satu sama lain..
Dahulunya kita menangis kelaparan mencari susu ibu tidak lagi berulang pada diri kita semua yang telah menjadi dewasa..kita pula yang mencorakkan kehidupan kita sendiri berdasarkan dari bekalan yang pada asalnya disediakan pada ibu dan bapa kita..
Alangkah malangnya hidupmu jika kamu tersasar jauh dari apa yang Allah kehendaki..sejauh mana kita perjalanan kita tidak pasti akan berlaku melainkan izinNya namun berapa ramai diantara kita sedar akan hakikat ini?
Dan berapa ramai pula yang benar2 memahami hakikat kehidupan..
Tidak dinafikan istilah “senang cakap dari melaksanakan” dari seseorang yang aku kenali tetapi kenapa kita mengambil risiko untuk mencubanya jika benar kita bertawakkal..berapa besar ketakutan itu jika dibandingkan dengan kurnia Maha Suci Yang Menjadikan yang entah berapa kali mengeluarkan kita dari masalah lampau; dahulunya kita fikir tidak mampu lagi..tetapi hari ini kita masih lagi diberi makan dan minum dan menikmati kehidupan..
Persoalannya dimanakah rasa malu kita kepadaNya..
Dimana IKHLAS itu dalam hati kita untuk melaksanakan perintahNya?
Dan bagaimana pula kita membuktikan KEIKHLASAN kita kepadanya?
Dan bagaimana kita berusaha membuktikannya?
Buntu…itu jawapan pertama yang melayang di mindaku sebaik sahaja aku mempersoalkan keimananku…
Aku yakin tentang apa yang harus aku buat tetapi aku buntu bagaimana untuk melaksanakannya..dan hakikat ini telah lama aku sedari..sehinggakan aku pasti aku telahpun berlari kearah fitnah yang bakal menggugat iman di hati..
Kehidupan yang dijalani hari ini bagaikan mengisi cawan yang pecah cuba dipenuhi namun hasilnya hanyalah sia-sia..
Ya Allah, lindungi kami dari penyakit hati riya’, takabbur, dan segala yang membolak-balikkan hati kami di atas agamamu..ambilnya nyawa kami sebelum fitnah menimpa diri kami..dan matikanlah kami dalam husnul khotimah..ameen..
Mungkinkah kerana akal belum diilhamkan untuk matang atau boleh jadi pengalaman yang belum lagi mendewasakan kita..hatta ada kisah yang termaktub dalam diri setiap anak Adam tidak pula serupa..maka tiadalah menghairankan apa yang menjadikan diri kita sekarang berbeza antara satu sama lain..
Dahulunya kita menangis kelaparan mencari susu ibu tidak lagi berulang pada diri kita semua yang telah menjadi dewasa..kita pula yang mencorakkan kehidupan kita sendiri berdasarkan dari bekalan yang pada asalnya disediakan pada ibu dan bapa kita..
Alangkah malangnya hidupmu jika kamu tersasar jauh dari apa yang Allah kehendaki..sejauh mana kita perjalanan kita tidak pasti akan berlaku melainkan izinNya namun berapa ramai diantara kita sedar akan hakikat ini?
Dan berapa ramai pula yang benar2 memahami hakikat kehidupan..
Tidak dinafikan istilah “senang cakap dari melaksanakan” dari seseorang yang aku kenali tetapi kenapa kita mengambil risiko untuk mencubanya jika benar kita bertawakkal..berapa besar ketakutan itu jika dibandingkan dengan kurnia Maha Suci Yang Menjadikan yang entah berapa kali mengeluarkan kita dari masalah lampau; dahulunya kita fikir tidak mampu lagi..tetapi hari ini kita masih lagi diberi makan dan minum dan menikmati kehidupan..
Persoalannya dimanakah rasa malu kita kepadaNya..
Dimana IKHLAS itu dalam hati kita untuk melaksanakan perintahNya?
Dan bagaimana pula kita membuktikan KEIKHLASAN kita kepadanya?
Dan bagaimana kita berusaha membuktikannya?
Buntu…itu jawapan pertama yang melayang di mindaku sebaik sahaja aku mempersoalkan keimananku…
Aku yakin tentang apa yang harus aku buat tetapi aku buntu bagaimana untuk melaksanakannya..dan hakikat ini telah lama aku sedari..sehinggakan aku pasti aku telahpun berlari kearah fitnah yang bakal menggugat iman di hati..
Kehidupan yang dijalani hari ini bagaikan mengisi cawan yang pecah cuba dipenuhi namun hasilnya hanyalah sia-sia..
Ya Allah, lindungi kami dari penyakit hati riya’, takabbur, dan segala yang membolak-balikkan hati kami di atas agamamu..ambilnya nyawa kami sebelum fitnah menimpa diri kami..dan matikanlah kami dalam husnul khotimah
..ameen..
Thursday, October 06, 2011
AnoTher ChaPter
It was never a long journey there..
yet, it is not the end..YET.
the only truth is the feelings that may affects me for the rest of my life
it was never a good start nor a good end, sometime it gets too rough and some I wish it never happened but it's life..part of living in it
the people who share thoughts and to live with it is a blessing
to know variable kinds of people somewhat giving me the opportunity to know me better, to understands better, nurturing myself into adulthood..
In a honest way to say, I haven't really forge great bonds with the people around me
and it is a great regret not to accomplished it.
but it is blessed days to struggle along together, to see the smiles on their faces, the laughs and the dramas in life everyone shares even though most of the time i was the spectator to the events yet i am learning to be more helpful..InsyaAllah.
Thank you the teachers for the respect, knowledge and the patience to teach us..May Allah bless you all..
Thank you my acquaintances, i acknowledge you all as an equal and great comrades..i pray everyone will be happy and successful in life and hereafter..InsyaAllah
To Dearest ones, thank you for being there when the light seems went out, to able to hold it alone is a sure tough but everything will be better when we know that Allah knows..
And to PTPL, it's not a farewell yet, the only regret to leave it is not know to dearest brothers and sisters there, the best thing is I leave my hope that you're not going to let the students down..
And for the bottom of my heart I am sorry to everyone who knows me for everything that may had happened during our journey in PTPL..
if anyone have something to hold against me please settle it before Allah takes my life or forgive me for I am just a human being who make mistakes
I love u guys..May Allah forgive us all..
ameen..
Assalamualaikum wbt
its not the end. It is always a start.Friday, June 17, 2011
Saturday, June 04, 2011
pelita malap
hati aku berkata2..menahanku dari rebah..
bila satu cubaan datang aku lupa..ini adalah ujian...
dan saat inilah merugikan kirannya aku serahkan diri pada ikutan nafsu..
daripada aku mengingatiNya..
ini alasanku dan tidak pula aku bangga padanya,
"siapalah aku ini..hanya insan yang dhaif.."
Firman Allah swt:
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta
maka Allah lebih mengenaliku..kiranya
aku berdusta..menipu diri sendiri yang aku menjadi dhaif..
atau mungkinkah aku memilih alasan ini, untuk terus merasa begini..merungut dan merungut dari terus mencuba keluar dari kepompong kedhaifan?
jika begitulah, sememangnya aku merugikan usiaku utk merasa begini, bahkan menzalimi kurniaan nikmatNya keatasku utk mengenaliNya..
“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
maka telah aku sangka diriku sentiasa lemah membendungku dari terus mencuba..maka hilanglah yakinku untuk aku bangkit mencari sakinah..sebaliknya menunggu ia datang..
itu tidak mungkin terjadi...
benar, kita semua perlu bergantung pdNya..bertawakkal padaNya..
namun jangan sesekali jadikan seribu alasan untuk tidak mendekatiNya..
Ya Ikhwan..Ya Akhwat...
jangan berputus asa...Allah sentiasa bersama kita..cuma kita tidak mahu menyedarinya..
lihatlah nikmatNya yang dikurniakan..
sepanjang hidupmu berapa kali telah kamu menemui KESUSAHAN?
namun kini masih lagi kamu makan dan minum..menikmati nikmatNya yang tidak mampu kita hitung...entah berapa kali mampu ucapkan kesyukuran ini..
Allah telah keluarkan kita dari kesusahan2 lalu maka mengapa kita tidak fikir yang masalah yang dihadapi kini Allah tidak akan keluarkan??
tidak yakinkah kita pada Allah yang Maha Berkuasa..
jangan kita berputus asa padaNya..
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)
bukalah kitabNya..jangan biarkan ia sepi berdebu di atas almari..
bacalah..bacalah..Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk
Wallahualam..
Assalamualaikum wbt..
Munajat secebis nafas
Saat fajar tiba aku fikirkan kembali,
Aku masih lagi jauh..dari segala segi sempurna..namun itulah hakikatnya menjadi seorang manusia..
Aku melihat kembali..saat2 aku bersama kenalan lama
Dan MasyaAllah..sungguh hebat perjalanan ini..melihat mereka sedang mara menjadi insan yang sedang cemerlang mencari kejayaan dunia..
Dan saat itu bermula aku bandingkan diri aku kini..aku tertanya..adakah ini kiranya menjadi kerisauanku?
Maka saat itu juga buat aku merasa diri ini dalam kerugian yang teramat..entah berapa kali aku telah mensiakan waktu, menzalimi diriku..aku lupa dan aku alpa?
Hanya Allah shj Mengetahui..
Saat aku melihat diri ku jatuh, aku fikir…subhanAllah..Allah da keluarkan aku dari kejatuhan tersebut..
Bila datang satu keadaan yang mana aku rasakan ianya susah..saat seperti aku menghadapi peperiksaan, masalah dgn rakan2 dan sebagainya..
Hari ini aku melihat semua itu telah Allah keluarkan aku dari masalah ini..maka apakah alasan aku untuk tidak yakin kiranya Allah akan keluarkan aku dari masalah kini dan akan datang..
Apakah aku hamba yang tidak mahu merasa syukur?
Sungguh tak mampu aku menghitung kesyukuran padaMu..bagiMulah kepujian bagiMulah kesyukuran..
Maka tidaklah layak untuk aku meletakkan kerisauanku pada semua perkara ini..
Tidak berhak bagiku untuk aku meletakkan kerisauanku pada sangkaan-sangkaan manusia terhadapku..
Tidak layak untuk aku beri kerisauan ini hanya kerana desakan hati dan nafsu semata..jua kepada lisan yang membinasakan..
Sesungguhnya..mendapat keredhaanNya adalah lebih berhak untuk kerisauanku..
InsyaAllah selagi tintaku tidak kering, selagi kitabNya ada, dan selagi nafas yang dikurnia, marilah sama-sama kita mencariNya..dan menjadi hamba yang mengenal erti syukur kpdNya..
Moga kita semua menjadi hambaNya yang bertawakkal, insane yang melihat dunia dari dimensi akhirat dan melaksanakan sunnah Rasulullah SAW yang kian dilupakan..
Dari Allah kita dating dan kepadaNya sahaja kita akan kembali..siapalah diri ini tanpa hidayah dan petunjukNya..





