Monday, January 09, 2012

Muhasabah diri..

Sesungguhnya aku tidak mengetahui sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT..tidaklah aku ini berbeza dengan kamu semua melainkan apa yang diizinkan Allah SWT..sesungguhnya kelalaian itu sentiasa berkejaran menandingi kekhusyukan dalam mencari keimanan..dan aku melihat sesuatu amanah itu seperti aku diletakkan ditebing neraka..seandainya kamu diberikan hak menzalimi, mahukah kamu melakukannya setelah datangnya kebenaran?

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, tidaklah ada yang mampu dari kalangan kamu mampu membela aku dan tidaklah pula aku mampu membela kamu ketika waktu itu kesemua kita kesibukan memikirkan nasib sendiri; setelah diketahui tentang ini maka nikmat manakah yang masih kamu mahu dustakan?

Dan jika didatangkan kepadamu selembah kehinaan atas nama hakikat ujian, kepada siapakah kamu memohon perlindungan; kiranya kamu orang yang berfikir?

Pabila didatangkan kepadamu kebahagiaan kepada siapakah kamu memohon kesyukuran; kiranya kamu mengetahui?

Dan jika didatangkan kepadamu musibah dari langit dan bumi; kepada siapakah kamu memohon kesabaran?

Sesungguhnya antara nikmat manakah yang kita telah dustakan?

Maka setelah diketahui jawapannya; mengapa kamu masih berpaling?

Hatta dunia ini tidak memberikan kamu kebebasan kiranya kamu kelak dirantai ke arah api yang menjulang-julang; maka atas alasan apa kamu tidak mahu tunduk?

Sesungguhnya aku cukup khuatir jika merasakan cukup selamat sedangkan detik sentiasa bergerak; mati itu pasti akan berlaku; maka mengapa kamu masih leka?

Sesungguhnya masa tidak pernah melalaikan kita melainkan kita sendiri melalaikannya..apakah kamu merasakan orang yang cinta dan taat sama dengan orang yang hanya mengikuti tanpa mengetahui atau orang yang cinta tanpa mengikuti? Sesungguhnya ia tidak sama; maka rugilah kita jika kita tidak menyedarinya..

Dan ketahuilah kita semua bagaikan sedang tidur diatas hamparan tikar yang usang; menunggu masa kenderaan menjemput kita pulang ke arah dua haluan..

Dan aku cukup takut hujjahku nanti tidak mampu membelaku; kiranya aku tidak mengetahui..dan seandainya itu berlaku pastilah aku antara orang yang rugi..

Renung-renungkan..



No comments:

Post a Comment

org sayang kat aku