Ketika hidup kita merupakan alam yang mana tidak kita terikat dengan 5 perkara;makhruh,haram harus,halal dan sunat.kita mungkin melihat kehidupan kita dalam dimensi yang berbeza..
Mungkinkah kerana akal belum diilhamkan untuk matang atau boleh jadi pengalaman yang belum lagi mendewasakan kita..hatta ada kisah yang termaktub dalam diri setiap anak Adam tidak pula serupa..maka tiadalah menghairankan apa yang menjadikan diri kita sekarang berbeza antara satu sama lain..
Dahulunya kita menangis kelaparan mencari susu ibu tidak lagi berulang pada diri kita semua yang telah menjadi dewasa..kita pula yang mencorakkan kehidupan kita sendiri berdasarkan dari bekalan yang pada asalnya disediakan pada ibu dan bapa kita..
Alangkah malangnya hidupmu jika kamu tersasar jauh dari apa yang Allah kehendaki..sejauh mana kita perjalanan kita tidak pasti akan berlaku melainkan izinNya namun berapa ramai diantara kita sedar akan hakikat ini?
Dan berapa ramai pula yang benar2 memahami hakikat kehidupan..
Tidak dinafikan istilah “senang cakap dari melaksanakan” dari seseorang yang aku kenali tetapi kenapa kita mengambil risiko untuk mencubanya jika benar kita bertawakkal..berapa besar ketakutan itu jika dibandingkan dengan kurnia Maha Suci Yang Menjadikan yang entah berapa kali mengeluarkan kita dari masalah lampau; dahulunya kita fikir tidak mampu lagi..tetapi hari ini kita masih lagi diberi makan dan minum dan menikmati kehidupan..
Persoalannya dimanakah rasa malu kita kepadaNya..
Dimana IKHLAS itu dalam hati kita untuk melaksanakan perintahNya?
Dan bagaimana pula kita membuktikan KEIKHLASAN kita kepadanya?
Dan bagaimana kita berusaha membuktikannya?
Buntu…itu jawapan pertama yang melayang di mindaku sebaik sahaja aku mempersoalkan keimananku…
Aku yakin tentang apa yang harus aku buat tetapi aku buntu bagaimana untuk melaksanakannya..dan hakikat ini telah lama aku sedari..sehinggakan aku pasti aku telahpun berlari kearah fitnah yang bakal menggugat iman di hati..
Kehidupan yang dijalani hari ini bagaikan mengisi cawan yang pecah cuba dipenuhi namun hasilnya hanyalah sia-sia..
Ya Allah, lindungi kami dari penyakit hati riya’, takabbur, dan segala yang membolak-balikkan hati kami di atas agamamu..ambilnya nyawa kami sebelum fitnah menimpa diri kami..dan matikanlah kami dalam husnul khotimah..ameen..
Mungkinkah kerana akal belum diilhamkan untuk matang atau boleh jadi pengalaman yang belum lagi mendewasakan kita..hatta ada kisah yang termaktub dalam diri setiap anak Adam tidak pula serupa..maka tiadalah menghairankan apa yang menjadikan diri kita sekarang berbeza antara satu sama lain..
Dahulunya kita menangis kelaparan mencari susu ibu tidak lagi berulang pada diri kita semua yang telah menjadi dewasa..kita pula yang mencorakkan kehidupan kita sendiri berdasarkan dari bekalan yang pada asalnya disediakan pada ibu dan bapa kita..
Alangkah malangnya hidupmu jika kamu tersasar jauh dari apa yang Allah kehendaki..sejauh mana kita perjalanan kita tidak pasti akan berlaku melainkan izinNya namun berapa ramai diantara kita sedar akan hakikat ini?
Dan berapa ramai pula yang benar2 memahami hakikat kehidupan..
Tidak dinafikan istilah “senang cakap dari melaksanakan” dari seseorang yang aku kenali tetapi kenapa kita mengambil risiko untuk mencubanya jika benar kita bertawakkal..berapa besar ketakutan itu jika dibandingkan dengan kurnia Maha Suci Yang Menjadikan yang entah berapa kali mengeluarkan kita dari masalah lampau; dahulunya kita fikir tidak mampu lagi..tetapi hari ini kita masih lagi diberi makan dan minum dan menikmati kehidupan..
Persoalannya dimanakah rasa malu kita kepadaNya..
Dimana IKHLAS itu dalam hati kita untuk melaksanakan perintahNya?
Dan bagaimana pula kita membuktikan KEIKHLASAN kita kepadanya?
Dan bagaimana kita berusaha membuktikannya?
Buntu…itu jawapan pertama yang melayang di mindaku sebaik sahaja aku mempersoalkan keimananku…
Aku yakin tentang apa yang harus aku buat tetapi aku buntu bagaimana untuk melaksanakannya..dan hakikat ini telah lama aku sedari..sehinggakan aku pasti aku telahpun berlari kearah fitnah yang bakal menggugat iman di hati..
Kehidupan yang dijalani hari ini bagaikan mengisi cawan yang pecah cuba dipenuhi namun hasilnya hanyalah sia-sia..
Ya Allah, lindungi kami dari penyakit hati riya’, takabbur, dan segala yang membolak-balikkan hati kami di atas agamamu..ambilnya nyawa kami sebelum fitnah menimpa diri kami..dan matikanlah kami dalam husnul khotimah
..ameen..



No comments:
Post a Comment
org sayang kat aku