Friday, August 13, 2010

Hari Jumaat Bulan Ramadhan.


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah syukur kepada rahmatNya masih lagi dpt berpuasa dan bertemu kita pada bulan Ramadhan y mulia ini..

Bulan Ramadhan,bulan mulia dan penuh keberkatan yang ditungu2 oleh ummat Islam. Ramadhan merupakan bulan tarbiyah ke arah insan yang bertaqwa. Masjid dan surau dibanjiri umat Islam khususnya untuk solat tarawih. Kedatangan Ramadhan merupakan seribu rahmat buat umat Islam


Salman r.a meriwayatkan:

Pada hari terakhir Sya’ban, Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami: “Wahai manusia, kini muncul kepadamu satu bulan yang besar (mulia), bulan yang tersangat berkat, terkandung di dalamnya satu malam yang terlebih tinggi nilainya daripada seribu bulan. Inilah bulannya Allah memfardhukan puasa pada siang hari dan menjadikan SOLAT TARAWIH sebagai sunnah pada malam hari. Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah melalui amalan baik pada bulan ini, maka akan dibalasi kepadanya dengan ganjaran seolah-oleh dia melakukan amalan fardhu di bulan lain pada tahun itu. Dan barang siapa melakukan amalan fardhu akan dibalasi kepadanya dengan tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain. Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran sejati adalah Jannah”.

“Inilah bulan simpati terhadap sesama lainnya, di bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah. Barang siapa memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya akan dibalasi dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebas daripada api neraka Jahannam dan dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu”. Maka kami pun berkata: “Ya Rasulullah, tidak semua kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”. Baginda menjawab: “Allah akan mengurniakan balasan kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar kepada orang yang berpuasa, ataupun seteguk air atau sehirup susu untuk dia berbuka puasa”.

malan berpuasa dapat melatih seseorang menjadi insan yang berdisiplin, sabar dan berfikiran lebih matang. Melatih anak berpuasa sejak kecil akan meningkatkan kemampuan mereka bersabar, menahan diri dari melanggar perkara-perkara yang membatalkan puasa dan berfikir dengan tenang. Oleh itu, amalan berpuasa dapat mengasuh emosi anak ke arah yang lebih stabil. Lantaran, kebiasaan berpuasa dapat meningkatkan kecerdasan emosi (EQ) dan meningkatkan kemampuan kanak-kanak berinteraksi dengan baik.

Seringkali kita mendengar bahawa berpuasa sangat baik untuk kesihatan fizikal manusia, dapat mencegah daripada berbagai penyakit. Organ-organ yang berkaitan dengan pencernaan diringankan tugas setelah berkerja berat selama 11 bulan. Sesungguhnya lebih jauh dari itu, berpuasa mempunyai hikmah istimewa yang dapat menggarap kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual secara serentak. Walaupun demikian, perlu diingat latihan berpuasa hendaklah berdasarkan kemampuan anak-anak mengikut peringkat usianya. Anak-anak perlu diberi galakan dan bukannya paksaan dalam menjalani ibadah puasa.

Marilah sama-sama kita mengunakan peluang Ramadhan yang bakal menjelma bagi mengasuh kecerdasan emosi anak, simpati dan empati sesama insan di samping mempertingkatkan ketaatan kepada Allah swt

Assalamualaikum wbt =)

No comments:

Post a Comment

org sayang kat aku