Tuk tika ini nik nak ucapkan Salam Ramadhan semua umat Islam dan mereka yang mengenali nik..nik nk minta ampun dan maaf jika ade silap dan salah..maafkan nik atas segala sesuatu nik lakukan samaada sengaja maupun tidak..apa ybaek datng dri Allah dan ap y xbek adlah kelemahan dri sy dn qada Allah..moga kita dpt penuhi b...ulan mulia ini dgn ibadat y berlipat ganda...ameen..
Ya Allah ya tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa-dosa terdahulu yang belum sempat kami bertaubat, dosa-dosa yang kami lakukan secara terang-terangan atau ketika bersendirian. Dosa yang kami lakukan dalam keadaan sedar dan jaga atau dosa-...dosa yang tidak kami sengajakan.
Ya Allah, ampunkan dosa kami. Kami sentiasa menjadikan dunia matlamat kami. kami meletakkan dunia di hati kami, kami sayang dunia,. Ya Allah, kami tidak bersedia untuk mati. Kami takutkan mati, kami cintakan dunia, kami menderita penyakit wahan kami menangis kerana dunia ya Allah, kami menangis kerana manusia, kami menangis kerana duit dan harta Tapi kami tidak menangis kerana takutkan nerakaMu. Kami tidak menangis kerana takutkan azabMu. Air mata kami mahal, hati kami keras kerana tidak mahu menangis mengenangkan dosa kami sedangkan hati-hati orang beriman sepatutnya bergetar apabila menyebut namaMu kerana takutkan Mu. Tapi kami masih tertawa tatkala menyebut namaMu, malah kami mempermainkan namaMu. Kami bersumpah dan berjanji menggunakan namaMu tetapi kami tidak kotakan.
Ya Allah ampunkan dosa kami. Kami banyak bergurau senda,kami banyak cakap-cakap kosong yang tidak akan membantu kami untuk ke syurga, kami banyak tertawa padahal kami tahu ketawa banyak itu mematikan hati. Kami berbohong ketika bergurau, kami menyakitkan hati kawan-kawan kami dengan kata-kata kami, dengan jenaka kami. Kami kurang ingat mati. Kami tidak ingat pada api nerakaMu. Kami lupa yang api di dunia ini hanya sekecil biji sawi berbanding api nerakaMu dan pastinya berganda-ganda lagi panasnya.
Ya Allah, kami tidak menggunakan masa kami sebaiknya, kami banyak menggunakan masa kami untuk membuat perkara yang tidak berfaedah, perkara yang tidak menambah iman kami. Kami banyak membuang masa padahal nabi telah bersabda bahawa di hari akhirat kelak akan dipersoalkan apakah yang telah kami buat ketika hidup terutamanya pada waktu muda.
Kami tidak belajar bersungguh-sungguh sepanjang tahun sedangkan kami tahu menuntut ilmu itu wajib. Tatkala peperiksaan hampir dekat barulah kami bekerja keras di saat-saat akhir. Kami tidak merasakan studi itu adalah ibadah, kami mengecilkan skop ibadah hanya kepada solat, puasa, zakat,haji dan usrah sahaja. Kami tidak bersungguh-sungguh di dalam kerja kami padahal umat islam perlu cemerlang dalam segala bidang.
Ya Allah, ampunkan dosa kami. Ambillah nyawa kami ketika iman kami yang terbaik, amal kami yang terbaik, infaq kami yang terbaik. Anugerahkanlah kami mati syahid. Jadikan kami dari kalangan hambaMu yang bersyukur.
Ya Allah berkatilah kami dan ampunkan kami...kasihanilah kami dan terimalah taubat kami..bersihkan kami dari dosa2 kami..sempurnakan iman kami dan taqwa kami..berkatilah kami semasa kami beribadat dan menyempurnakan kewajiban kami keatasMu pada bulan ramadhan yang mulia...jauhilah kami dari penyakit hati y dimurkaiMu..dan cucurilah rahmat dan sejahtera jua kpd penghulu kami Nabi Muhammad SAW serta keluarganya dan para sahabat sekaliannya..ameen..ameen.
assalamualaikum wbt



No comments:
Post a Comment
org sayang kat aku