Wednesday, May 04, 2011

Cabaran melawan sepi hati

setiap insan pasti merasa.. buat diri ni, inilah perkara y paling ku cuba elakkan.. kiranya paling ku tdk suka melayan karenah hati.. kerna karenah ini membuka jalan2 NAFSU..
membahayakan iman..


x aku nafikan aku sentiasa dicabar melawannya..
aku insan biasa yang turut mempunyai fitrah utk merasai kasih sayang..

dan terkadang berjauhan membuat kita merasakan rindu y kiranya amatlah merugikan jika ia dijadikan kerisauaan utama..
menjauhi segala perkara yang boleh terjadinya fitna dan iman diragut merupakan jalan terbaik..

namun hakikat ini memerlukan kesabaran tinggi..
jihad melawan nafsu dan desakan syaitan dan iblis laknatullah..

sebagai manusia,kita dikurniakan akal utk berfikir..
landasan manakah yang lebih baik utk diikuti jika tidak dengan Izin dan Redha Allah Azza Wa Jalla.. Kita perlu melatak akal diatas dan nafsu dibawah bukan sebaliknya.. jika diletakkan nafsu diatas..iman dihati boleh tergadai..

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:

Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka. (Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)


Berkasih kerana Allah..bertemu dan berpisah kerana Allah..kerana redhaNya adalah yang paling utama dari kerisauan dunia yang sekejap.. Sy berpesan pd diri saya dan org lain.. sama2 menjaga iman...dan tidak melakukan perbuatan yang mencuri iman org lain.. menzahirkan diri dalam perkara wajib boleh memperkuatkan kesabaran dan komitmen diri dalam menjauhi anasir2 maksiat.. Moga Allah mengampuni kita semua dalam segala perbuatan kita y menzalimi diri kita sendiri....

YA ALLAH YA MUJIB..

JANGANLAH KIRANYA ENGKAU MELEBIHKAN CINTA KASIHKU DALAM HATI TERHADAP INSAN,MELAINKAN ENGKAU MELBIHKAN LAGI CINTAKU PADAMU DAN PADA KEKASIHMU..
YA 'ALIM,

JGN ENGKAU ROBOHKAN IMAN YANG TERBINA DIHATI..KUKUHKAN IA SPT MANA ENGKAU KUKUHKAN TIANG2 LANGIT..
MATIKAN AKU SEBELUM FITNA MENIMPA DIRIKU..
YA ALLAH..
JANGAN ENGKAU SERAHKAN DIRIKU PADAKU NESCAYA KU TIDAK MAMPU MENGURUSNYA DAN JANGAN PULA ENGKAU SERAHKAN DIRIKU SELAIN DARIMU NESCAYA MEREKA AKAN MENCUAIKANKU..
YA RAHMAN
UBAHLAH KEDHAIFAN,KEJAHILAN DAN KEZALIMAN DIRIKU
DENGAN SESUATU YANG MENDEKATKAN AKU PADA KEREDHAANMU AGAR BEROLEHLAH AKU MENDAPAT KECINTAANMU TERHADAPKU..
YA RAHIMM
UBAHLAH KELEMAHAN DIRIKU DAN JANGANLAH LAHIRNYA DIHATIKU SIFAT2 MUNAFIK,TAKABBUR,RIAK DAN SEGALA PENYAKIT HATI YANG MENDATANGKAN KEMURKAANMU KEATASKU..
KUATKAN HATIKU MELAWAN NAFSU UTK BERKASIH2..
YA KARIMM..
AKU BERLINDUNG DARI KEMARAHANMU KEATASKU, AKU BERLINDANG DARI KEMURKAANMU KEATASKU..AKU BERLINDANG DARI MERASAI KEMARAHAN..
AKU BERLINDUNG DARI KERAGUAN HATI SERTA PENYAKIT HATI YANG DITIMPA..
AKU BERLINDUNG DARI KEZALIMAN FITNA MANUSIA..
AKU BERLINDUNG DARI LISAN YANG MEMBINASAKAN IMAN..
AKU BERLINDUNG PADAMU DARI KEJAHATAN MANUSIA YANG MENABUR FITNA KEATASKU..
SEGALA PUJI HANYA SELAYAKNYA PADAMU YA ALLAH..
TIDAK LAH TERDAYA DIRI INI UNTUK MENGHITUNG KEPUJIAN KEATASMU..
ENGKAULAH SEPERTI MANA ENGKAU PUJI DIRIMU SENDIRI WAHAI TUHAN..
SEGALA PUJI ALLAH..MELIPUTI LANGIT DAN BUMI SERTA DIANTARANYA..
DAN CUCURILAH RAHMAT DAN SEJAHTERA JUA KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KAMI, RASULULLAH SAW, SERTA KELUARGANYA PARA SAHABAT SEKALIANNYA..

AMEEN AMEEN AMEEN YA RABBAL ALAMEEN..

ASSALAMUALAIKUM WBT

No comments:

Post a Comment

org sayang kat aku