Ku sangka berperang orang lain sesuatu yang sukar,kini ku sedar berperang dengan diriku sendiri juga ada kesukarannya…Jihad melawan nafsu..
Ku sangka ku tidak akan tertipu lagi..namun hakikat ini berubah dimana aku sendiri menerima tamparannya..
Kebesaran Allah Maha Tinggi lagi Maha Esa..sesungguhnya perancangan Allah SWT adalah perancangan yang terbaik…
Aku mengharapkan Allah sentiasa memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang aku rancangkankan..hanya kepadanya sahajalah tempat yang perlu aku serahkan urusan..
Hari ini aku akan terus berubah untuk menjadi insan Ulul Albab..
Aku akan berwaspada dengan diriku..dan anasir-anasir buruk yang cuba memperngaruhiku…….
Ilmu perlu aku sentiasa penuhkan bekalan meskipun aku tahu ia diluar kemampuanku..aku mesti terus mencuba daripada berhenti mengharap..
Hari ini aku melihat kebesaran Allah SWT dalam diriku sendiri yang menjadikan jiwaku sedar aku memerlukan Allah SWT..betapa pentingnya fitrah itu perlu dibimbing dengan Islam..Agama Allah yang diturunkan kepada kekasihNya Rasulullah s.a.w.
Aku memohon keampunan kepada Allah SWT kerana kedhaifan aku,sedikitnya helahku..betapa lemahnya aku sehingga diri sendiri tertipu..
Aku harap kesilapan ini terus aku ingat dan tidak akan aku ulanginya…….
Alhamdulillah segala pujian-pujian kepada Allah SWT yang menjadikan manusia berfikir..
Tidak dapat aku hitung kepujian ini kepadaMu..Engkaulah seperti mana Engkau puji diriMu sendiri wahai Tuhanku…Allah SWT..
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah..



No comments:
Post a Comment
org sayang kat aku