Daripada Abi Zar r.a. daripada Rasulullah saw
seperti yang diriwayatkan oleh baginda saw daripada Allah SWT yang bermaksud:
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku telah
mengharamkan perbuatan zalim ke atas diri-Ku dan Aku mengharamkannya juga di
kalangan kamu. Wahai hamba-hambaKu, kamu semua merupakan orang-orang yang sesat
melainkan orang yang Aku memberi petunjuk kepadanya. Oleh itu hendaklah kamu
memohon petunjuk daripada-Ku dan Aku akan memberikan petunjuk kepadamu. Wahai
hamba-hambaKu, kamu semua orang-orang yang lapar melainkan orang-orang yang Aku
memberi makan kepadanya. Oleh itu hendaklah kamu memohon makanan daripada-Ku
dan Aku akan memberi makan kepadamu.
Wahai hamba-hambaKu,
semua kamu bertelanjang melainkan orang yang Aku memberi pakaian kepadanya.
Oleh itu hendaklah kamu memohon pakaian daripada-Ku dan Aku akan memberi
pakaian kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, kamu semua akan melakukan
kesalahan-kesalahan malam dan siang dan
Aku akan mengampunkan kesalahan itu. Oleh itu hendaklah kamu memohon ampun
daripada-Ku dan Aku akan memberi
keampunan kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sekiranya golongan manusia dan jin dari mula lagi sehinggalah
akhir zaman nanti bersikap taqwa sepenuhnya, maka ia tidak akan menambahkan
sesuatu ke dalam milik-Ku. Wahai hamba-hambaKu, sekiranya golongan manusia dan
jin dari mula lagi sehinggalah akhir zaman nanti bersikap zalim sepenuhnya,
maka ia tidak akan mengurangkan sesuatu daripada milik-Ku.
Wahai hamba-hambaKu,
sekiranya golongan manusia dan jin semenjak awal lagi sehinggalah akhir zaman
nanti berdiri dalam satu kawasan tinggi lalu mereka memohon (berbagai kurniaan)
daripada-Ku dan Aku memberi setiap permintaan yang dibuat oleh mereka, maka ia
tidak akan mengurangkan sesuatu yang berada di sisi-Ku bagaikan jarum yang
dicelup ke dalam lautan.
Wahai hamba-hambaKu,
sesungguhnya segala amalan kamu akan Aku hitungkan, kemudian Aku akan
menyempurnakan balasannya kepada kamu. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yang
mendapat kebaikan, maka hendaklah ia memuji atau bersyukur kepada Allah dan
sesiapa sahaja yang mendapat keburukan, maka janganlah ia menyalahkan orang
lain, tetapi salahkanlah diri sendiri.” (Hadis Qudsi H.R Muslim dalam Sahihnya)
Dari Ibnu Abbas r.a berkata: Saya berada di
belakang Nabi saw pada suatu hari, kemudian Rasulullah saw bersabda:
"
Wahai pemuda, sesungguhnya aku hendak mengajarkan kepadamu beberapa kalimat
iaitu: Peliharalah Allah pasti Allah akan memeliharamu, peliharalah Allah,
pasti engkau akan dapati Dia dihadapanmu.
Jika engkau meminta, maka mohonlah kepada Allah dan jika engkau meminta
pertolongan, maka mohonlah pertolongan itu kepada Allah pula.
Ketahuilah bahawa seluruh umat ini, apabila
berkumpul hendak memberikan kemanfaatan kepadamu dengan sesuatu , maka mereka
itu tidak akan dapat memberikan
kemanfaatan itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah
untukmu. Juga jika umat berkumpul hendak memberikan bahaya kepadamu dengan
sesuatu, maka mereka itu tidak akan dapat memberikan bahaya itu, melainkan
dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Pena telah
diangkat (ketentuan-ketentuan telah ditetapkan) dan lembaran-lembaran kertas
telah kering ( catatan Lauh Mahfuz sudah tidak dapat diubah lagi)
(H.R Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih)
(H.R Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih)
Dalam riwayat selain Tirmizi disebutkan: “Peliharalah Allah, maka engkau akan mendapatkan-Nya di hadapanmu. Berkenalanlah dengan Allah di waktu engkau dalam keadaan lapang, maka Allah akan mengetahuimu di waktu engkau dalam keadaan kesukaran. Ketahuilah bahawa apa-apa yang terlepas daripadamu, semua itu tentu tidak akan mengenaimu dan apa-apa yang mengenaimu pasti tidak akan dapat terlepas daripadamu.
Ketahuilah bahawa pertolongan itu beserta kesabaran dan bahawa kelapangan itu beserta kesukaran dan bahawa beserta kesukaran itu pasti ada kemudahan.”
Dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu cemburu dan kecemburuan Allah Ta’ala itu ialah apabila seseorang manusia mengerjakan apa-apa yang diharamkan oleh Allah atasnya.” (Muttafaqun ‘alaih)
Salam peringatan..:)
Sila
baca:
Dibenarkan
untuk menyebarkan bagi tujuan berfikir/da'wah dan tarbiah,muhabasah diri dll
jika
ini boleh membawa kepada kita berfikir akan kebesaran Allah SWT..hanya dengan
izin Allah SWT dan mudah-mudahan dengan REDHANYA...InsyaAllah..
Diharamkan
untuk disebarkan bagi tujuan keuntungan jiwa/zahir yang salah seperti
keuntungan wang/duniawi semata, keu'juban, riya', takabbur, kebencian,
hasad
dengki, bersangka buruk,bantah-membantah,debat yang memenatkan akal dan segala
penyakit hati yang Allah SWT murkai...Wallahua'alam..
Assalamua’laikum wbt..




No comments:
Post a Comment
org sayang kat aku