kecil. Dikatakan dosa besar ialah dosa yang sudah ditentukan hukumannya di
dunia serta mendapat ancaman azab pedih di akhirat seperti termaktub dalam
al-Quran dan hadis.
Dosa besar hanya boleh terhapus dengan bertaubat kepada Allah, menyesali
perbuatan mungkar yang dilakukan serta berazam dengan sekuat hati tidak akan
mengulangi lagi perbuatan itu.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang yang apabila sudah melakukan
perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu
memohon ampun atas dosanya. Dan siapa lagi yang akan mengampuni dosa
selain Allah? Dan mereka tiada meneruskan perbuatan buruk itu, sedang mereka
mengetahui.” (Surah ali-Imran, ayat 135)
Dosa kecil pula ialah dosa yang tidak ditentukan hukumannya ketika di dunia dan
tidak diberi ancaman azab keras di akhirat seperti mengeluarkan kata-kata kesat,
menyentuh al-Quran tanpa berwuduk atau membuang sampah merata-rata.
Walaupun begitu, perlu diingat bahawa dosa kecil apabila dilakukan secara
berterusan akan menjadi dosa besar.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Hati-hatilah kamu terhadap dosa kecil, kerana apabila sering dilakukan oleh seseorang, maka pasti akan merosakkannya (akan menjadi dosa besar).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Selain daripada itu, sesiapa yang ingin mengetahui sama ada dosa besar atau
dosa kecil maka ada sebahagian ulama berpendapat: “Bandingkanlah kerosakan
yang diakibatkan daripada dosa itu dengan dosa besar yang sudah ada nasnya.
Apabila pada kenyataannya kerosakan yang ditimbulkan itu hanya sedikit, maka
yang demikian adalah dosa kecil. Tetapi apabila kerosakan yang diakibatkan itu
sebanding atau lebih besar, yang demikian itu adalah dosa besar.”
Walau apapun, tidak ada seorang pun yang terlepas melakukan dosa kecil kecuali orang yang maksum (dijaga) oleh Allah seperti Nabi Muhammad SAW. Dosa kecil akan terhapus jika taat melakukan solat lima waktu dan amalan fardu yang lain.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Antara solat fardu sampai solat fardu
lainnya dan antara solat Jumaat sampai solat Jumaat lainnya, serta antara bulan
Ramadan sampai Ramadan lainnya adalah pelebur dosa, selagi dosa besar
dijauhi.” (Hadis riwayat Muslim)
Mengapakah manusia senang terjebak dengan perbuatan dosa? Paling ketara
sekali ialah kerana dalam diri seseorang itu tidak mempunyai iman yang kukuh,
tidak ada rasa malu dan gerun dengan ancaman azab Allah.
Hakim Peradilan Agama Beirut, Syeikh Husin Yusuf Ghazzal dalam kata
pengantarnya untuk buku Dosa Dalam Pandangan Islam berkata: “..... dapat kita
saksikan bahawa saat ini apabila seseorang melakukan perbuatan dosa, maka ia
tidak akan merasa malu sedikitpun. Bahkan dengan sebarangan mereka
berusaha menghalalkan suatu perbuatan tanpa mengendahkan syariat agama
dan norma etika. Hal ini disebabkan lantaran mereka sudah kehilangan rasa takut
kepada Allah dan hari pembalasan-Nya kelak.”
Keadaan itu terjadi disebabkan lemahnya iman. Apabila iman begitu tipis,
bermakna diri sudah tidak ada lagi pertahanan dan kekuatan. Jiwa jadi rapuh,
mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan dan juga tunduk terhadap dorongan
nafsu. Lalu senang pula seseorang terperangkap dalam perbuatan dosa, baik
dosa zahir (nampak) mahu pun dosa batin (membabitkan hati).
Kejahilan mengenai ajaran al-Quran dan hadis atau sering kali mengabaikannya dalam kehidupan, boleh mendorong seseorang itu melakukan dosa. Apalagi jika hidup di persekitaran yang tidak menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebenar.
Kita perlu sedar dan ingat bahawa hidup ini bukan untuk memenuhi tuntutan
nafsu yang merosakkan tetapi mengabdikan diri kepada Allah. Justeru, bagi
mengelakkan diri daripada perbuatan maksiat atau dosa, hendaklah berasa takut
kepada Allah.
Seorang yang melanggar undang-undang atau melakukan jenayah terhadap
pemerintah, sudah tentu sepanjang hari dalam keadaan gementar dan risau
memikirkan balasan bakal diterimanya nanti. Ini baru hukuman di dunia,
bagaimana dengan hukuman akhirat.
Kenapa perasaan kebimbangan dan ketakutan seperti ini tidak terhadap Allah
apabila membabitkan kemungkaran, kerana azab Allah itu sangat pedih? Setiap
orang beriman seharusnya memiliki perasaan takut terhadap-Nya yang dapat
menghalang daripada berbuat dosa.
Said bin Zubair yang ditanya mengenai takut berkata: “Takut kepada Allah ialah
rasa takut yang boleh menghalangi antara dirimu dengan maksiat kepada Allah.”
Selalu ingat kepada Allah juga dapat menghindarkan diri daripada berbuat
maksiat dan perkara ditegah kerana menyedari segala perbuatannya
diperhatikan oleh-Nya. Kesannya, seseorang itu akan meningkatkan keimanan
serta ibadat kepada Allah.
Sesungguhnya orang yang berdosa adalah orang malang dan cukup menderita
sekali di akhirat nanti.
Firman Allah yang bermaksud:
“Adapun orang yang
celaka, mereka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka
mengeluarkan nafas dan menariknya (dengan merintih).” (Surah Hud, ayat 106)
Sekarang terletak pada pertimbangan diri untuk memilih arah mana hendak
dituju, yang lurus atau bengkok. Allah menegaskan yang bermaksud:“Dan
sesungguhnya di antara kami ada orang yang taat dan ada pula menyimpang
daripada kebenaran. Barang siapa yang taat, maka itu benar-benar sudah
memilih jalan yang lurus. Adapun orang yang menyimpang daripada kebenaran
maka mereka menjadi kayu api neraka Jahanam.” (Surah al-Jin, ayat 14-15)
Assalamualaikum wbt~ =)



No comments:
Post a Comment
org sayang kat aku