Wednesday, December 21, 2011

Dengan NamaMu


Segala puji hanya bagi Allah, Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Mulia lagi Maha Pengampun, Zat yang merubah malam menjadi siang, sebagai peringatan bagi orang-orang yang berhati mulia dan mengerti, dan sebgai pemberitahuan bagi mereka yang memiliki akal dan mahu memikirkan segala nikmatNya.

Dia adalah Zat yang menyedarkan orang-orang yang dipilihNya di antara makhluk-makhlukNya, untuk tidak terlalu mementingkan masalah keduniaan (hanya mengambil sekadaryang perlu sahaja) dan menyibukkan mereka untuk selalu takut kepadaNya, sentiasa menggunakan akal fikiran yang benar dan sentiasa mempersiapkan bekal untuk kebahagiaan di alam akhirat.

Dia juga menghindarkan merekadari perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah dan perkara-perkara yang menyebabkan kebinasaan diri mereka, serta memelihara mereka untuk tidak mudah terumbang-ambing oleh perkembangan keadaan yang tidak menentu.

Saya memuji Allah dengan sepenuh hati dab setulus hati serta selalu berusaha untuk keikhlasan. Saya bersaksi bahawa tidaj Tuhan selain Allah, Zat yang selalu berbuat baik, Zat Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya, kekasih dan kesayanganNya, yang membimbing ke jalan yang benar dan mengajak kepada agama yang lurus.

Semoga rahmat dan kesejahteraan sentiasa terlimpahkan ke atas Muhammad dan nabi-nabi yang lain serta keluarga dan orang-orang yang soleh.

Allah SWT berfirman dalam surah Az-Zariyat: 56-57 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sesekali menghendaki sebarang rezeki daripada mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu."

Ayat ini menjelaskan bahawa jin dan manusia diciptakan oleh Allah untuk beribadat semata. Oleh kerana itu, sudah seharusnya mereka mengabaikan kemegahan dunia dengan zuhud, kerana sebenarnya dunia adalah alam fana yang tidak akan kekal. Dunia hanyalah sebagai tempat untuk berteduh, bukan tempat untuk bersenag-senang dan bukan tempat tinggal yang berterusan.

Oleh kerana itu, hanya orang yang sedar sajalah yang melaksanakan ibadat dan orang yang paling sihat fikirannya, iaitu mereka yang zuhud terhadap dunia.

Allah SWT berfirman dalam surah Yunus:24


Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).

Ayat-ayat yang semakna dengan ayat ini banyak disebutkan didalam Al-Quran.

Seorang penyair Arab mengatakan:

“Sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang cerdik (iaitu) mereka yang tidak mementingkan dunia dan mereka takut fitnah . Mereka mengamati dunia, kemudian ketika mereka mengetahui bahawa duniabukanlah tempat tinggal untuk hidup selamanya. Mereka menganggap dunia ini bagaikan samudera kemudian mereka menjadikan amal-amal soleh sebagai sampan untuk mengharunginya.”

Jika demikian keadaan dunia dan keadaan kita serta tujuan Tuhan menciptakan kita, maka sudah sepatutnya seorang mukalaf mencurahkan dirinya untuk mengikuti jejak langkah orang-orang yang terpilih dan bertindak sesuai dengan jalan yang ditempuh oleh mereka yang mempunyai akal fikiran dan mata hati, serta memperhatikan perkara-perkara yang telah saya peringatkan itu.

Jalan yang paling benar dan paling baik adalah mengikuti sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraanNya kepada baginda danseluruh Nabi lainnya.

Allah SWT berfirman:

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa” (Al Mai’dah :2)

Dalam sebuah hadis shahih, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Allah sentiasa memberi pertolongan kepada hambaNya selama hambaitu memberi pertolongan kepada saudaranya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia mendapatpahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mengajak kepada sesuatu kebaikan, maka dia mendapat pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, dan demikian itu tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun”

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Ali r.a.:

“ Demi Allah, seandainya Allah memberi petunjuk kepada seseorang lantaran ajakanmu maka itu lebih baik bagimu daripada memiliki unta merah (harta orang Arab yang paling berharga).”

Hanya kepada Allah Yang Maha Mulia sajalah yang saya berpegang dan menyerahkan segala urusan serta tempat saya menyandarkan diri. Cukuplah Allah menjadi Penolong dan Allah adalah sebaik-sebaik Pelindung. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali atas pertolongan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

No comments:

Post a Comment

org sayang kat aku