Ikhlas Dalam Segala Perbuatan Dan Ucapan
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Bayyinah: 5 yang bermaksud:
“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.”
Allah SWT berfirman:
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai(keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”
(Al-Hajj:37)
Allah SWT berfirman:
”Katakanlah : “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu mengzahirkannya, pasti Allah mengetahuinya.”
(Ali Imran:29)
Dari Amirul mukminin Abu Hafsh Umar bin Al-Kattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qudh bin Razah bin Adi bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib Al Qurasy al-Adawi r.a. berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hanyasanya amalan-amalan itu adalah(bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin dia memperolehinya atau keranaseorang perempuan yang ingin dia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang dia berhijrah kerananya.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Dari Ummul Mukminin, Ummu Abdullah Aishah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Kelak akan ada sekelompok pasukan yang menyerang Ka’bah, kemudian ketika mereka sampai ke Baida’ (suatu tempat yang terkenal antara Makkah dan Madinah), maka dibinasakanlah mereka semua sejak dari paling depan sampai yang paling belakang.”
Aishah berkata: “Saya bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana mereka dibinasakan semua sejak dari yang paling depan sampai yang paling belakang sementara mereka ada orang awam dan ada pula orang yang tidak termasuk kalangan mereka?
Baginda menjawab: : “Mereka dibinasakan semua sejak dari yang paling depan sampai yang paling belakang, kemudian nanti mereka akan dibangkitkan sesuai dengan niat masing-masing.”
(Muttafaqun ‘alaih, redaksi Bukhari)
Dari Aishah r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda:
“Tidak ada lagi hijrah setelah ditakluki kota Makkah, tetapi yang ada adalah jihad dan niat. Dan apabila diserukan berangkat (pergi berperang) maka berangkatlah.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Dari Abu Abdullah Jabir bin Abdullah Al Anshari r.a berkata,
“Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w. dalam suat peperangan, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya di Madinah ada beberapa orang apabila kamu melalui jalan atau menyeberangi lembah, maka mereka akan mengikuti kamu. Yang menghalangi mereka (mengikuti kamu) hanyalah sakit.”
Pada riwayat lain “Melainkan mereka menyertai kamu dalam mencari pahala.”
(H.R. Muslim)
Diriwayatkan pula dari Anas r.a., dia berkata:
“Kami pulang bersama dengan Nabi s.a.w dari peperangan Tabuk, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya ada beberapa orang yang kita tinggalkan di Madinah, tidaklah kita melalui suatu perkampungan atau suatu lembah melainkan mereka ikut bersama kita, yang menghalangi mereka (menyertai kita) hanyalah halangan (uzur).
(H.R. Bukhari)
Dari Abu Yazid Ma’n bin Yazid bin Al-Akhnas r.a., dia dan bapanya serta datuknya adalah sahabat. Dia berkata:
“Ayah saya Yazid mengeluarkan beberapa dinaruntuk disedekahkan, kemudian ayah mempercayakan kepada seseorang yang berada dalam masjid. Saya datang ke masjid dan meminta dinar itu, kemudian saya datang ke tempat ayah dengan membawa dinar itu, lantas ayah berkata:
“Demi Allah bukan untuk kamu dinaritu saya sediakan.”
Kemudian peristiwa itu saya sampaikan kepada Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Bagimu apa yang kamu niatkan wahai Yazid, dan bagimu apa yang kamu ambil wahai Ma’n.”
(H.R. Bukhari)
Dari Abu Ishaq Sa’ad bin Abu Waqqash Malik bin Uhaib bin Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai Al-Qurassy Az-Zuhri r.a., salah seorang di antara sepuluh orang yang dijamin masuk syurga, dia berkata:
“Pada waktu haji wada’, Rasulullah s.a.w mengunjungiku kerana menderita penyakit yang hampir menyebabkan kematianku. Kemudian aku berkata:
“Wahai Rasulullah, penyakitku sangat parah seperti tuan lihat, sedangkan aku adalah seorang hartawan dan tidak ada yang mewarisiku kecuali puteriku satu-satunya.
Apakah aku boleh bersedekah dengan dua pertiga hartaku? Baginda menjawab:
“Tidak boleh.” Aku bertanya lagi:
“Apakah boleh dengan setengahnya?”
Baginda menjawab: “Tidak boleh.” Aku bertanya lagi:
“Bagaimana dengan sepertiganya wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Dengan sepertiga sahaja. Dan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin yang akan meminta- minta kepada orang lain. Dan kamu tidak menafkahkan suatu nafkah pun untuk mencari keredhaan Allah, kecuali kamu akan mendapat pahala kerana kamu nafkahmu itu walaupun sesuap makanan yang kamu masukkan ke mulut isterimu.
Abu Ishaq berkata: “Aku bertanya:
Wahai Rasulullah , apakah aku akan tetap hidup setelah sahabat-sahabatku (meninggal)” Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesunguhnya kamu tidak diberikan umur panjang kemudian kamu mengerjakan suatu amal untuk mengharap keredhaan Allah, kecuali kamu akan bertambah darjat dan kemuliaan dengan amal itu. Semoga kamu diberi umur panjang sehingga banyak kaum yang akan mendapat manfaat dari kamu, dan kaum yang lain (orang-orang kafir) menderita kerugian keranamu. Ya Allah, sempurnakanlah hijrah sahabat-sahabatku, dan janganlah kamu kembalikan mereka ke belakang (kepada kekufuran). Tetapi kasihan si Sa’ad bin Khaulah yang selau disayang oleh Rasulullah, kerana dia mati di Makkah.”
(Muttafaqub ‘alaih)
Dari Abu Hurairah, Abdul Rahman bin Shakhr r.a., berkata, Rasullillah s.a.w bersabda:
“ Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat bentuk tubuh kamu dan tidak pula melihat ketampanan kamu, akan tetapi Allah melihat hati kamu.” (H.R. Muslim)
Dari Abu Musa Abdullah bin Qais Al Asy’ari r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang seseorang yang berperang kerana keberaniannya, berperang kerana kesukaannya dan berperang kerana riyak’, manakah yang termasuk berperang pada jalan Allah?
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yangberperang agar kalilmat Allah menjadi tingi, maka itulah perang pada jalan Allah.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Dari Abu Bakrah Nufai’ bin Al Harits Ats-Tsaqafi r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila dua orang muslim saling bertarung dengan menghunus pedang mereka , makapembunuh dan yang terbunuh, keduanya akan masuk neraka.
Aku (Abu Bakrah) bertanya: Wahai Rasulullah, kalau membunuh itu sudah jelas berdosa, tetapi bagaimana yang terbunuh?”
Baginda menjawab:
“Kerana sesungguhnya dia juga ingin membnuh saudaranya.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Solat berjemaah melebihi atas solat seseorang di rumahnya dan dipasaraya dengan dua uluh sekian darjat. Yang demikian itu kerana jika seseorang telah menyempurnakan wuduknya kemudian pergi ke masjid yang tiada tujuan lain kecuali solat, maka setiap dia melangkah satu langkah diangkatlah satu darjat dan diampuni satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid.
Apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap melaksanakan solat selama dia menunggu solat dilaksanakan , dan para malaikat meminta rahmat kepada salah seorang diantara kamu sekalian selama dia duduk di tempat untuk mengerjakan solat, yang mana para malaikat berdoa:
“Ya Allah kasihanilah dia, ampunilah dosa-dosanya. Ya Allah terimalah taubatnya,” selama dia tidak menyakiti orang dan selama dia tidak berhadas dalam masjid”
(Muttafaqun ‘alaih, redaksi Muslim)
Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib r.a., dari Rasulullah s.a.w., tentang apa yang diriwayatkan dari Allah Ta’ala bahawa Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah mencatat kabaikan dan kajahatan. Kemudian baginda menerangkan:
“Barangsiapa yang berniat melakukan kebaikan, tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka Allah mencatat niat itu sebagai satu kebaikan penuh disisiNya. Jika dia meniatkan perbuatan baikdan mengerjakannya, maka Allah mencatat di sisiNYa sebagai sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali ganda sehingga ganjaran yang sangat banyak.
Kalau dia berniat melakukan perbuatan jahat, tetapi tidak jadi melakukannya, maka Allah mencatat perkara itu sebagai satu kebaikan yang sempurna disisiNya. Jika dia meniatkan satu perbuatan jahat itu, kemudian melaksanakannya, maka Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan.”
(Muttafaqun ‘alaih)
bersambung...
Ya Allah Rahmatilah mereka yang mencari keredhaanMu bersungguh-sungguh..dan jadikalnlah kami hambaMu yang bersyukur dan di kalangan orang yang sabar..Ameen




No comments:
Post a Comment
org sayang kat aku