Hari ini merupakan hari terakhir aku menginap di hotel KLInt. yang menjadi persingahan diri melepaskan keletihan, segala onak lelah yang terpendam sebelum meneruskan perjalananku pulang ke pangkuan keluargaku selepas 3 tahun lamanya aku di negeri orang.
Sudah 3 hari aku menetap disini kerana penerbanganku terpaksa ditangguhkan disebabkan keadaan cuaca. Bila difikirkan kembali, inilah kali pertama aku bermusafir keseorangan, biasanya kawan karibku setia menemani. Tapi kali ini masing-masing berpisah bertemu pulang dengan keluarga tercinta.
Sejenak aku ukirkan kerinduan kepada keluargaku dihati, hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa gembiranya hatiku dapat ku pulang akhirnya.. Aku yakin, penangguhan perjalanan ini hanyalah ujian dariNya semata. Setinggi kesyukuran dan puji-pujian kurniaNya lahir dibibirku tiap kali aku mengenangkan kenikmatan ini.
Pagi itu, selepas selesai mendirikan Subuh aku menghias diri seperti kebiasaan. Aku mencapai beg tanganku lalu mencari tiket makan pagi yang disediakan hotel. Alhamdulillah segala perkhidmatan yang aku perlu semuanya ada di dalam bangunan hotel yang besar ni. Tak perlulah aku bersusah-payah keluar untuk mengisi perut. Ternyata pengalaman 3 tahun di negeri orang masih tidak menghidangkan keberanian untuk aku keluar seorang diri. Aku takutkan ajnabi yang entah apa-apa zaman ni. Mata-mata yang meliar memandangku bagaikan mencari peluang melihat auratku terdedah. Ini menyebabkan aku kurang menyenangi lelaki dan kadang-kala rasa meluat lahir dalam hati insan yang lemah ini walaupun ketika aku pergi menuntut ilmu. Maka kemana saja ku pergi mesti berteman.
Sepanjang aku belajar, dah bermacam jenis lelaki yang mengukirkan kata-kata memikat yang ditabur kepadaku dan semuanya aku tak layan. Ini menambah lagi rasa benci aku terhadap kaum Adam. Aku sedar aku tidak berlaku adil dalam menilai ajnabi, tetapi aku mahu mengelak sesuatu yang boleh melalaikan aku daripadaNya. Auratku pelihara sebaik mungkin dan Alhamdulillah sepanjang aku belajar, Allah memeliharaku dari fitnah.
Baru saja aku memasuki lif, sudah ada yang memandangku seperti tak pernah melihat perempuan yang bertudung labuh. Rasa janggal ini sentiasa mengekoriku setiap kali aku berada di tempat awam. Sampai sahaja di dewan makan, Fnb yang bertugas mengutip tiket sempat pula menguratku. Alahai ujian di pagi hari. Cepat-cepat aku ke tempat makanan dihidangkan, ku capai pinggan dan ambil apa yang nampak selera di hati. Tak ku jangka, sedang aku ambil satu mata lauk kebetulan ada insan lain turut cuba mengambilny sehingga sudu kami terkena, aku memandang tepat ke arahnya dan lagi-lagi seorang lelaki. Cepat-cepat aku mempersilakannya dulu.
“Subhanallah, cantiknya!..
Kata-kata lelaki itu, membuat aku terkedu dan aku memandangnya penuh kehairanan. Pada mulanya hati aku seakan-akan bengang dengan kata-kata tersebut. Tapi bilaku fikir kembali, aku biarkan amarahku pada ajnabi yang menjadi cermin menilai setiap lelaki. Hasilnya, aku menjadi penilai hanya pada sesuatu yang zahirnya hak sehingga membutakan aku tentang apa yang hak dalam kata-kata terbit dari lelaki itu.
Berikut kata-kata lelaki tu:
“Subhanallah cantiknya..segala puji-pujian kepada Allah yang menjadikan kecantikan itu pada enti..entah berapa ramai ajnabi yang telah jatuh hati melihat nur pada wajah enti sehingga ana lalai akan rasa lapar. Allah menjadikan ana kenyang hanya dengan hanya satu pandangan ini..Ya ukhti, peliharalah perhiasanmu hanya untuk suamimu semata, syaitan telah berputus asa terhadapmu atas perkara yang besar janganlah enti menurutinya dalam perkara yang kecil..Moga Allah merahmati enti..Ya Rahman, selamatkanlah hambamu ini dari golongan yang zalim..”
Lalu dia beredar dari tempat hidangan selepas menolak perlawaanku untuk mengambil lauk tadi kerana kerana dia khuatir lauk itu akan mengingatkan dia tentang aku.
Bilaku muhasabah semula, dia tidak memuji aku, tetapi memuji ciptaan Allah..dia memuji Allah pada awal-awal pandangannya..sehingga lahir dari tuturnya Subhanallah..dan aku hatiku menyedari hakikat ini cuma aku sendiri tidak mahu mengakuinya. Aku sombong terhadap nilaian diri..Takkabur..
Meruntun jiwaku menahan sebak di dada mendengar nasihat insan yang tak aku kenali tadi sehingga aku bergenang air mata. Saat dia berlalu pergi ada sahaja mata-mata yang memandangnya seperti seekor rusa masuk kampung. Yelah aku lihat hanya dia yang memakai kain pelikat kat dewan makan. Sepanjang 3 hari disini, aku tak jumpa lagi lelaki yang pakai kain dan pakaian yang agak bersahaja seperti dia dalam hotel ni.. Namun langsung dia tidak hiraukan perkara itu.
Aku tak pasti kenapa tetapi timbul rasa ingin tahu mengenai insan ini. Aku duduk di meja dimana aku dapat melihat kelakuannya. Aku tidak melihat dia mengangkat tangan untuk berdoa seperti kebanyakan orang tetapi aku dapat melihat bibirnya bergerak-gerak sebelum makanannya dijamah. Dia mengambil satu tisu dan membahagikan kepada dua bahagian, satu diletak di atas gelas minumannya dan satu lagi dimasukkan ke dalam poket bajunya. Semasa makan dia akan berhenti sejenak kemudian dia menyambung makan. Selesai sahaja makan dia menyusun sisa makanan di tepi. Tisu yang diletak pada minumannya digunakan untuk dilap bahagian mulutnya kemudian tisu itu diletak diatas sisa makan lalu dilipat sisa itu kedalamnya.
Kemudian dia bangkit ke sink dan membasuh tangannya dan menggunakan bahagian tisu pada poketnya untuk mengelap tangannya yang basah. Aku tak jangka aku khusyuk memerhati kelakuannya sehingga makananku menjadi sejuk. Kelakuannya yang begitu cermat menimbulkan persoalan. Ini menyebabkan aku memberanikan diri untuk menyapanya namun dia hilang dari pandanganku sebelum sempat aku bertanya.
Aku benar-benar kecewa, selesai sahaja makan aku balik ke bilik dan mengambil baranganku yang telah siap aku kemas pada malamnya. Aku turun ke lobi untuk “check-out”. Sambil menunggu teksi datang, aku duduk di tempat duduk yang disediakan di lobi. Tak ku sangka lelaki tadi turut ada di situ. Rasa segan benar-benar menyebulungi diri aku serta-merta tetapi aku tetap tekad untuk menyapanya.
“Assalamualaikum enta, tunggu teksi ke?”
“Wa’alaikumusalam. Tak, ana saje duduk kat sini sambil fikir ke mana haluan nak pergi lepas ni.”(Reaksinya agak terkejut melihatku, cepat-cepat dia menundukkan pandangannya ke arah lain. Dari melihat caranya itu seperti cuba menenangkan dirinya..aku sempat melihat bibirnya membutirkan istigfar ketika wajahnya memalingkan ke arah akuarium di sudut kanannya yang menjadi cermin untukku sehingga aku dapat melihat reaksinya. Aku duduk dibangku sebelahnya. Bila saje aku duduk, dia mengangkat beg galasnya dan bermain dengan zip seakan-akan mencari sesuatu kemudian meletak di tepinya sebagai benteng antara dia dan aku. Aku tersenyum melihat “alasannya” yang cuba menyembunyikan niatnya itu. Dia membuatku selesa dan lebih tenang untuk cuba berinteraksi dengannya.
“Maaf, ana ni curious sikit, maaf tadi ana tengok enta makan tadi…” Aku menjelaskan kelakuannya yang aku lihat kepadanya.
“Kenapa ya enta tak angkat tangan semasa berdoa? Kenapa enta tak ambil tisu lebih, kan ada banyak lagi tisu kat meja hidangan, tak perlulah enta bahagi dua. Kadang-kadang ana tengok enta berhenti masa makan, kemudian menyambung kembali. Enta susun dan bungkus sisa makanan enta di tepi pinggan kan lepas ni orang hotel akan ambil dan basuh pinggan tu juga.”Aku bertanya. (soalan yang aku utarakan ni macam jaga tepi kain orang pula jadinya, tapi aku cuba ringkaskan perbualan kami)
“Ana ada sebab sendiri, kalau boleh ana tak mahu jawab. Sebab ia tidak ada kepentingan buat enti.” Kata lelaki itu. Ringkas dan padat.
“Enta, ana mesti terus rasa tidak berpuas hati dan ana takut ana bersangka-sangka jadi ana nak dengar jawapannya dari enta sendiri.” Jelasku mengharapkan jawapan.
Lelaki itu diam seketika..lalu berkata:
“Ana tidak mengangkat tangan semasa berdoa kerana ana khuatir untuk menunjuk-nunjuk, Anas bin Malik mengatakan Rasulullah tidak pernah mengangkat tangan dalam berdoa kecuali saat berdoa meminta hujan, tetapi itu tidak bermakna angkat tangan semasa berdoa itu dilarang kerana Rasulullah saw. juga bersabda, “Tuhan kalian Maha Pemalu dan Pemurah. Dia malu jika hamba-Nya telah mengangkat tangan berdoa kepada-Nya lalu tidak diberi.” (al-Tirmidzi dan Ibn majah).
Tetapi ana cuba menjaga keikhlasan ana berdoa di tempat awam hanya kepadaNya dan bukan makhlukNya, maka ana tak mengangkatnya di tempat awam.
Ya ukhti, sungguh sekali ana tidak redha syaitan menjadi saudara ana, maka ana berwaspada untuk tidak membazir walaupun dengan sehelai tisu. Maka Allah mencukup keperluan ana tadi hanya dengan sehelai tisu.
Ya ukhti, apa yang ana nikmati tadi suatu nikmat yang besar, di mana ramai saudara-saudaraku yang sedang berjihad tidak Allah berikan kepada mereka kenikmatan makanan tetapi diuji pula dengan kelaparan dan rasa dahaga yang panjang..maka tidak terhitung kepujian dan kesyukuran ana mampu berikan kepadaNya atas nikmat ini..ketika ana mengenangkan saudara ana yang kelaparan ana terhenti sejenak…memikirkan layakkah ana menerima nikmat ini berbanding mereka yang meninggikan kalimahNya di muka bumi..kerana ana pasti mereka jutaan kali lebih layak menerimanya dan ini membuatkan ana merasa malu kepadaNya..
Ya ukhti, kerana orang yang mengambil dan membasuh pinggan itu adalah manusia, insan yang mencari rezeki yang halal maka ana memastikan tidak timbul perasaan jijik dihati mereka dengan sisa makanan ana, maka ana mengbungkusnya dan meletakkan di tepi bagi memudahkan mereka membuangnya. Ana cuba memudahkan mereka dalam urusan ini mudah-mudahan Allah memudahkan urusan ana.
Ana mohon kemaafan sekiranya jawapan ana tidak dapat memuaskan hati enti. Ana akan lebih berhati-hati kelakuan ana supaya tidak ada lagi timbul sangkaan di hati orang lain. Syukran jazilan buat enti kerana soalan enti telah menyedarkan kesilapan ana. Ana mengundur diri. Fii Amanillah.
Aku terdiam, kelu dan merasa begitu lemah selepas mendengar alasannya yang tidak pernah timbul dihati aku. Hakikat jawapannya itu membuatkan aku rasa teramat dhaif. Baru ku sedar, saat itu jua Allah menundukkan hati ku kepada insan ini.
Melihat sahaja dia cuba beredar aku terus memanggilnya..
“Enta..tunggu..” pintaku.
Jejaknya terhenti..
“N..nama enta..?”
“Adam.”
“Adam…sudi tak adam ambil ana sebagai isteri Adam?” Nah, kata-kata yang aku sendiri tak menyangka dapat menyebutnya..
Mendengar soalan aku itu, Adam tertunduk malu..
“ Maaf sebab kata-kata ana yang melulu..tapi ana pun tak pasti kenapa ana macam ni hari ni..” Alasanku mempertahankan diri.
“Ana minta maaf kerana kelakuan ana ni..ana sendiri tak pasti kenapa..ana nak berkenalan dengan enta bukan….an..ana..” Aku tidak mampu lagi berkata-kata.
“ Tak perlu mohon kemaafan enti tak buat salah..” Jelasnya lagi.
Dia cuba mengundur diri buat kali kedua..
“Adam..tak jawab soalan ana..” semakin berani pula aku cuba mendapatkan jawapan.
Adam kembali duduk dan berkata..
“Ya, ukhti..nama enti pun ana belum tahu..Ana nak cuba enti bayangkan satu situasi.. enti nak beli kereta dan diberi 4 pilihan kereta kepada enti..Kereta pertama ni berwarna biru, keluaran terbaru dan serba canggih, memberi keselesaan dengan penghawa dingin, kelengkapan sofa yang empuk,mempunyai tayar spare utk jaminan jangka masa pendek,dan insuran kereta utk jaminan jangka masa panjang, kereta ini mempunyai peralatan canggih spt GPS, keselamatan terkini,dan sensor yang dapat melindunginya dari dicuri.
Kereta ini adalah paling didambakan..kerna ia mendekati kesempurnaan. Ada pula kereta kedua berwarna Merah. Ia juga canggih keluaran terbaru. Bermotifkan keselesaan pada tahap maksimum..Ada tv,ipad,ifon, dan segala hiburan yang menjamin keseronokan dan keselesaan pada pemandu dan seisinya. Mempunyai tayar spare dan insuran utk jaminan jangka masa panjang dan pendek tetapi kurang ciri keselamatan. Hanya basic safety belt diberi. Hairannya juga menjadi pujaan tertinggi masa kini.
Kereta ketiga ini warna hitam. Ada juga yang menyedari tidak mampu membeli kereta sesempurna kereta biru memilih kereta ini kerana ia paling selamat. dilengkapi dgn jaminan keselamatan dan insuran dan sentiasa dilindungi sensor. Mempunyai GPS yang mengelak pemandunya sesat serta selamat dan memastikan pemandunya selamat sampai ke destinasi yang dikehendaki. Kereta jenis ni semakin kurang popular tetapi sesiapa yang dapat kereta mcm ni amatlah baik.
Dan kereta terakhir ini adalah kereta secondhand berwarna putih. Kereta ni paling tak dikehendaki kerana tiada insuran,tiada tayar spare, keselesaan dan semua ciri ketiga-ketiga kereta di atas. Yang ada padahnya hanyalah cat baru disembur bagi menutupi sisa-sia karat pada badannya.
Agak-agaklah apa pilihan enti?
Apa kata kita gantikan kereta ini dengan calon imam, yakni suami. Calon pertama yang mampu memberi keselesaan pada ahlinya(isteri dan anak-anak) melalui harta yang ada padanya serta jaminan pada ahlinya kiranya berlaku apa-apa dirimnya, jaminan itu mampu melindungi hak isteri dan anak-anak..ada pula ”GPS”(ilmu) yang membimbing ahlinya ke destinasi yang mencapai keredhaanNya..insyaAllah hingga ke syurga..Ini lah calon paling berhak dipilih oleh enti..ada ilmu, ada pula harta.
Ada pun kereta merah ialah calon suami yang hanya mempunyai harta yang mampu memberikan keselesaan dan jaminan didunia semata..hidup dengan keseronokan dan hiburan tanpa batasan halal dan haram. Tidak pula mampu dia membimbing dirinya mahupun ahlinya ke jalan yang lurus.
Ada pun kereta hitam itu adalah calon suami yang tidak berharta namun ilmu akhirat kemas di dada. Mampu membimbing lagi menjamin siapa yang memilihnya. Menjadikan jalan hidupnya Quran dan sunnah dan bersedia meninggikan kalimahNya, tidak pula hati mereka ini menjadikan dunia ini cita-cita terbesar mereka. Dan Allah menguji mereka dengan kemiskinan dan kesusahan, kiranya kesusahan dunia hanya sementara tetapi menjanjikan keredhaan dan kemenangan di akhirat kelak. Kiranya enti seorang yang sabar, maka mereka berhak menjadi pilihan enti.
Yang akhir ini adalah calon suami yang ternyata tiada kuasa tentang keduanya (harta mahupun ilmu)
tiada jaminan dunia mahupun diakhirat..belum tentu mampu membimbing orang lain kerana dirinya masih lagi mencariNya.
Kini cuba enti fikir manakah yang enti fikir pilihan enti? “
“ Tentunya yang pertama atau mungkin yang ketiga.
Adam tersenyum lalu berkata:
“ Itulah yang lebih berhak ke atasmu.”
Aku bertanya lagi: “Dimana kedudukanmu Adam?”
“Adam adalah calon yang terakhir itu. Adam tiada harta dan sedikit pula ilmunya. Ilmuku bagaikan sebutir pasir dan jika ditiup angin maka habislah ia. Dan ini menjadi hujahku pada kaum enti yang menawarkan diri untuk memilihkan Adam sebagai imam.Jikalau ana menerima lamaran enti ini nescaya ana telah menzalimi enti terhadap sesuatu yang lebih berhak untuk enti..”
"Ya ukhti, luaskanlah pilihanmu kerana enti hanya mampu memilih yang satu sedang kami mampu memilih yang empat. Luaskanlah pilihanmu melalui akal yang sihat dan matang bukan emosi yang didalangi syahwat. Luaskanlah pilihanmu agar dapat kamu menilai diantara mana calon pilihan yang mampu membimbingmu kelak ke arah kecintaan terhadapNya.
Jadilah seorang Ulul Albab yang mampu menilai dengan baik..dan bertawakallah kepada Allah."
Adam lalu memberi salam dan meninggalkan aku. Kebetulan teksiku telah sampai tepat pada waktunya. Aku seakan bingung dengan kata-kata Adam. Semasa perjalanan menuju airport, kata-katanya terus bergema di dalam mindaku sehinggakan bercucuran air mataku memikirkan. Aku sendiri tidak pasti kenapa aku merasai perasaan yang bercampur baur..Aku tak tahu..Bila sudah separuh perjalananku, barulah aku sedar yang aku belum memberitahu Adam siapa aku…Hakikat ini menambahkan lagi kesedihanku..
Sehingga hari ini..aku masih mengingati peristiwa ini..pertemuan singkat ini telah mengubah cara hidupku. Aku tidak lagi berhias seperti dulu..Aku tidak lagi bersangka-sangka terhadap lelaki mahupun wanita. Aku menjaga diriku dan melatih diriku ke arah muslimah solehah. Dan aku harap Allah mempertemukan aku dengan “bakal suamiku”. Aku hanya untuk suami sahku..
“Dunia ini hanyalah persinggahan..siapa yang terleka pasti merasai kerugian kelaknya..berbahagialah pada yang berwaspada dengan amaranNya..”
